Pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail menghuraikan tiga tanda yang menunjukkan seorang lelaki belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Elyas Respon Isu ‘Coach Cerai’, Risau Menasihat Tanpa Tauliah – ‘Berhati-Hati Minta Pandangan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Elyas Perjelas Salah Faham Tidak Hadiri Majlis Erra Fazira – ‘Saya Tidak Dijemput, Haram Kalau Pergi’

Ciri-ciri lelaki belum bersedia

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Elyas berpendapat golongan lelaki yang memiliki teman istimewa sepatutnya bersedia bertemu pihak keluarga perempuan.

Tambah Ustaz Elyas, penting bagi golongan lelaki untuk menyatakan hasrat baik agar keluarga pihak perempuan mengetahui mengenai hubungan yang terjalin.

Tanda yang pertama adalah apabila lelaki itu tidak berjumpa dengan ibu bapa perempuan itu.

Patutnya bersedia untuk berjumpa dan nyatakan hasrat.

Kedua, dia tak bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki.

Dan yang terakhir, lelaki itu mudah marah lebih-lebih lagi bila bercakap tentang perancangan untuk berkahwin.

Sementara itu, Ustaz Elyas menasihati agar golongan lelaki memperbetulkan niat, sekali gus percaya segala urusan bakal dipermudahkan.

Kalau bersungguh di jalan Allah, jalan akan dipermudahkan.

Kalau seorang lelaki ada niat yang baik untuk mendirikan rumah tangga dengan cari pendapatan, buat perancangan, baiki hubungan dan ibadat, Insya-Allah dipermudahkan untuk hari bahagia.

Sumber: TikTok @ustazelyasismail