Sebelum ini, dua anak kepada pelawak, Shuib iaitu Dhazira Talita dan Ariq Matin masing-masing menunjukkan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cover’ Lagu Kehilangan, Suara Matin Dipuji Netizen – ‘Sedap Weh, Dia Ada Vibrato’

Uwais juga boleh menyanyi

@shuibsepahtu

Uwais yang paling pemalu 😂 Tapi dia ada barang 💪 #Uwaisalwarni

♬ original sound – shuibsepahtu – shuibsepahtu

Terbaharu, anak sulung kepada Shuib iaitu Uwais Al Qarni juga tidak kurang hebat apabila menonjolkan kebolehannya dalam bidang yang sama.

Menerusi TikTok, Shuib memuat naik video memaparkan Uwais yang sedang berkaraoke menyanyikan lagu ‘Musim Waktu’ nyanyian Budi Doremi di kediamannya.

Dapat dilihat, Uwais menyanyikan lagu tersebut dengan penuh merdu dengan nada suaranya yang begitu unik.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya terpegun mendengar nyanyian Uwais.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berpendapat rona suara Uwais seakan-akan dua penyanyi Indonesia iaitu Rizky Febian dan Glenn Fredly.

Komen netizen

Sumber: TikTok