berita

[VIDEO] Uyaina Arshad Saksi Tengok ‘Struggle’ Mak, Gadai Barang Emas Untuk Besarkan 4 Anak Seorang Diri

May 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berkongsi sebuah video dia menghadiahkan gelang emas kepada ibunya bersempena Hari Ibu yang lalu.

Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Diserang ‘Migraine Aura’, Hampir Pengsan Ketika Live WHI

Artikel Berkaitan: ‘Untuk Pergi Ke Indonesia Tanpa Dia Di Sisi, Saya Tidak Akan Pergi’

Jasa ibu

Menerusi video yang dimuat naik Uyaina, dia kelihatan sedang melayan ibunya itu ketika memilih barang kemas di sebuah kedai.

Video tersebut mendapat perhatian warganet apabila Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad turut berkongsikan tentang jasa ibunya sebagai ibu tunggal yang membesarkan dia dan adik-beradik sendirian.

Aku membesar melihat kesusahan seorang ibu tunggal membesarkan empat orang anak seorang diri.

Arwah ayah aku meninggal sewaktu aku berusia empat tahun.

Sejak dari itu mak akulah yang membanting tulang siang dan malam untuk membesarkan kami empat beradik seorang diri.

Saksi ibu sanggup bergadai

Dalam pada itu, pengacara Wanita Hari Ini itu juga meluahkan rasa sedih kerana ketika keluarganya diuji dengan kesusahan, dia menjadi saksi ibunya sanggup menggadaikan emas demi perbelanjaan keluarga.

Memandangkan aku yang paling bongsu, jadi aku lah yang selalu ikut dia ke kedai pajak gadai.

Bila ada duit lebih dia akan beli emas. Bila waktu terdesak dia akan pajak emas dia itu balik untuk dapatkan duit.

Kadang-kadang, tergadai begitu sahaja sebab tak cukup duit nak tebus balik.

Bertitik tolak dari itu, pelakon berusia 30 tahun tersebut menyimpan azam untuk membalas jasa ibunya dengan menghadiahkannya barang kemas.

Sejak dari itu aku berazam. Aku berazam untuk belikan dia emas. Sejak aku mula bekerja, Alhamduillah aku dapat belikan satu piece barang kemas untuk dia setiap tahun. Dia pilih nak yang mana.

Aku rasa happy dan bangga bila tengok mak aku pakai barang kemas yang aku belikan untuk dia. Setiap kali selepas aku hadiahkan emas untuk dia, cuma satu yang aku minta iaitu doa dari ibuku.

Terima kasih kerana memberikan aku keberkatan dalam hidup ini. Wahai ibu ku Selamat Hari Ibu Syurgaku!

@uyaina

Selamat Hari Ibu, wahai syurgaku ?? @kedai emas safura #hariibu

? Kaulah Ibuku – AFIA FALLIS

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×