Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B kini berada di Sepanyol bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kacak Pertahankan DSV Dari Kecaman Netizen – ‘Saya Sedih Sangat Bila Orang Judge Mama Tanpa Tahu Peritnya Kehidupannya Dahulu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Sambung Belajar Ke Sepanyol, Datuk Seri Vida Sedih Terpaksa Berjauhan – ‘Demi Masa Depan Anak Mama Yang Hebat’
Vida serta anak lelakinya, Kacak turut berada di sana bagi membantu Cik b menguruskan hal-hal tempat tinggal dan sebagainya.
House tour rumah Cik B di Sepanyol
@datoserividaofficial Alhamdulillah Mujur @cikb_havoc66 suka! #datosrivida #cikbhavoc #barcelona #spain #salmonskindsv #salmonskincikb #foryou #foryoupage #fyp??viral ? original sound – Relax & Reset – Twinkle Twinkle Tunes
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Vida atau nama lengkapnya Hasmiza Othman, 54, membuat house tour kediaman yang bakal didiami oleh anak perempuannya itu sepanjang melanjutkan pelajaran di sana.
Vida memaklumkan kadar sewa rumah yang mempunyai lima bilik itu berharga RM5,000 sehari dan tempoh sewa selama tiga bulan adalah RM450,000. Kelihatan Cik B turut terkejut selepas mengetahui amaun sewa kediaman tersebut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet turut berpendapat bahawa rumah yang bakal didiami Cik B agak seram memandangkan keadaan rekaan dalamannya seperti klasik selaian dipenuhi dengan barangan antik termasuk patung-patung keagamaan.
Menjawab kebimbangan warganet, Vida memaklumkan bahawa mereka sudah pun membuat solat hajat dan membaca ayat suci Al Quran di rumah terbabit.
Belajar elok-elok Cik B, banggakan mama tau. Jangan tinggal solat dan sentiasa telefon tanya khbar mama.
Menakutkan rumah Cik B.
Kalau aku duduk sini hari-hari menangis, tak berani sebab besar sangat rumahnya.
Setengah juta saja harga khas untuk sewa bilik, pengorbanan seorang ibu. Semoga Cik B sukses selalu.
Sumber: TikTok Dato Seri Vida