Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida tidak dapat menahan sebak apabila ternampak awan didakwa bentuk kalimah Allah ketika melawat rumah lamanya di Jerteh, Terengganu pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Tanggung Segala Kos Bersalin, Siti Jamumall Menangis Sebak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Diterangi Cahaya Indah, Bau Wangi Semerbak Sebaik Melangkah’ – Vida Ziarah Pusara & Keluarga Arwah Nurly

Awan seakan kalimah Allah

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Hasmiza Othman berkongsi pada awalnya dia hanya mahu merakam bulan yang dilihat menerangi malam itu.

Namun pada masa yang sama, Vida ternampak awan didakwa bentuk kalimah Allah.

Saya singgah rumah saya di Jerteh yang sudah lama saya tinggalkan. Kebetulan beberapa minit dari rumah keluarga arwah Nurly Shahira,

Saya hanya nak tengok keadaan dari luar pagar.

Sambil saya rakam anak bulan yang cahayanya sangat terang, tiba-tiba Allahuakbar luluh hati saya apabila terpampang kalimah Allah di langit malam diterangi cahaya bulan.

Sementara itu, Vida berkata dia sudah berniat mahu menjadikan rumahnya sebagai pusat pengajian dan penulisan Al-Quran Baitul Nurly Jannah bagi mengenangkan keperibadian arwah Nurly Shahira yang cintakan kitab Allah.

Subhanallah, tidak terkata saya. Saya macam tidak percaya.

Betapa hebatnya kuasa Allah. Sebak hati saya.

Jumaat lalu, Vida menziarahi pusara pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan bas persiaran di Gerik, Perak iaitu Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman.

Sumber: TikTok