Usahawan terkenal Datuk Seri Vida, baru-baru ini berkesempatan menziarahi pusara pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan bas persiaran di Gerik, Perak iaitu Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Sebak Kacak Hadiahkan Cermin Mata Hitam Untuk Bodyguard Cik B – ‘Mungkin Dia Rindu Arwah Abang-Abang’

Artikel Berkaitan: Kubur Nurly Shahirah Terpaksa Dipagar, Didakwa Berlaku Amalan Kurafat

Ziarah kubur

@datoserividaofficial

perginya terlalu cepat. Nurly Syahirah, pelajar UPSI, anak yang hebat, penuh harapan. Hari ni saya ziarah pusara awak, sayang. Air mata ni tak mampu ditahan. Damailah di sana #datosrivida #nurlyshahirah #nurlysyahirahazman

♬ original sound – 𝙕𝙖𝙧𝙪𝙡 𝙐𝙢𝙗𝙧𝙚𝙡𝙡𝙖 – 𝐇𝐚𝐢 , 𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐙𝐚𝐫𝐮𝐥 ❗

Menerusi perkongsian di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman bersama rombongan pelajar tahfiz tiba di rumah ibu bapa arwah Nurly yang terletak di Besut, Terengganu sebelum menziarahi pusaranya.

Vida dilihat tidak mampu menahan air mata ketika berada di tanah perkuburan tersebut dan menyifatkan arwah sebagai anak yang solehah.

Perginya terlalu cepat. Nurly, pelajar UPSI, anak yang hebat..penuh harapan.

Hari ini saya ziarah pusara awak, sayang. Air mata ini tidak mampu ditahan.

MasyaAllah diterangi cahaya indah, bau wangi semerbak sebaik melangkah.

Damailah di sana, berehatlah di taman syurga.

Pernah kehilangan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat air mata yang berguguran di wajah Vida dan ibu arwah Nurly kerana kedua-duanya pernah merasai kehilangan anak.

Untuk info, pada 9 Jun lalu, seramai 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak.

Manakala, dua cahaya mata Vida iaitu Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh pada Ogos 2013.

Sumber: TikTok DSV