berita

[VIDEO] Vida Namakan Pusat Tahfiz Dengan Nama 2 Arwah Anak – ‘Tahfiz Al Zuhdie Wa Zikrie, Hampir 99% Siap’

February 14th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Datuk Seri Vida

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida meluahkan rasa syukur apabila pusat tahfiz yang sedang dibangunkan hampir siap sepenuhnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Geram Marissa Jadi Penyondol, Sanggup Bermadu Padahal Ramai Lelaki Kaya – ‘Aslam Bukan Ada Duit Rasanya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Calon SPM Minta Cik B ‘Bela’ Kalau Gagal Peperiksaan – ‘Saya Boleh Jaga DSV’

Tahfiz nama arwah anak

Datuk Seri Vida

Menerusi perkongsian di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 52, berkata kos penubuhan pusat tahfiz tersebut ditanggung sendiri oleh dia dan syarikat miliknya.

Alhamdulillah sekolah tahfiz saya hampir siap. Sudah 99% siap sekolah tahfiz ini.

Tahfiz ini ditanggung sendiri oleh saya dan syarikat saya.

Dalam video sama, Vida atau mesra denga sapaan DSV turut berkongsi pemandangan di luar kawasan tahfiz berkenaan.

Sementara itu, usahawan asal Kelantan itu berkata dia akan menamakan pusat tahfiz tersebut dengan nama dua orang arwah anaknya iaitu Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie.

Dulu saya nak letak nama tahfiz ini Tahfiz DSV, tetapi saya tukar letak nama dua putera saya di syurga. Jadi namanya Al Zuhdie Wa Zikrie.

Sekadar info, Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie dilaporkan telah meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh pada Ogos 2013.

Video

@quputehtomatohq Alhamdulilaahh .. 99% TAHFIZ DSV .. sy & syarikat tanggong.. Dulu nama Tahfiz DSV Tapi sy tukar letak nama 2 Putera Saya di SYURGA.. AL ZUHDIE Wa ZIKRIE #fyp ? original sound – EMPAYAR DATO SERI VIDA

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×