![[VIDEO] Vince Dedah Hidap Bipolar – ‘Bila Down, Berbulan Rasa Diri Tak Cukup Bagus’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/vince-2.jpg)
Penyanyi Vince Chong mendedahkan dia mengalami masalah kesihatan mental iaitu bipolar yang diketahuinya kira-kira sepuluh tahun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Vince Betul-Betul Ingatkan Saya Pada Anak Yang Dah Tak Jumpa Lebih Setahun’ – Aishah
Hidap bipolar
Menerusi perkongsian di Kita-Kita Aje! podcast, Vince atau nama lengkapnya Vincent Chong Ying-Cern, 47, memilih untuk tidak memaklumkan perkara tersebut kepada umum kerana masalah kesihatan mental itu dianggap sangat peribadi buatnya.
Menurut Vince, kakaknya adalah individu pertama menyedari perubahan emosinya yang mendadak, sebelum dia dinasihatkan keluarga untuk mendapatkan rawatan.
Pada tahun 2015 kakak saya yang dapat kesan dahulu. Dia mula menyedari selepas menonton program tentang Britney Spears. Dia berkata, ‘ini (keadaan diri) macam Vincent’.
Pada awalnya keluarga mendapati saya tidak dapat mengawal emosi marah. Selepas perbincangan bersama, mereka mencadangkan saya supaya berjumpa dengan psychiatrist.
Saya kemudian didiagnos mempunyai bipolar jenis 2.
Tambah juara Akademi Fantasia 1 itu , keadaan kesihatan mental yang tidak stabil telah memberi kesan kepada keyakinan dirinya.
Bagaimanapun, pelantun lagu Mengapa Harus Cinta itu bersyukur apabila dia kini sudah pulih dan tidak memerlukan bantuan dari ubat-ubatan.
Ketika itu saya merasakan saya tak boleh nak buat apa-apa dan nak sembunyi dari dunia.
Bila saya ‘down’, saya boleh berbulan-bulan rasa diri tak cukup bagus. Nak pergi buat persembahan pun saya tak selesa.
Saya ambil ubat-ubatan dan keadaan semakin baik. Selepas empat ke lima tahun saya sudah tidak memerlukan ubat lagi sebab saya sudah pulih sepenuhnya.
Sumber: Podcast Kita-Kita Aje





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

