Tular di media sosial TikTok, seorang lelaki menjadi hero apabila sanggup meredah arus deras banjir demi membantu menghulurkan bekalan makanan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Artikel Berkaitan: Banjir Kelantan: Khairul Aming & Team Turun Padang Hantar Bantuan Barang Keperluan Kepada Mangsa
Artikel Berkaitan: Nana Mahazan Sebak, Terima Sumbangan RM50,000 Untuk Mangsa Banjir
Unsung hero
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Salleh sedang berpaut dan bertahan pada tali sambil meredah arus deras banjir untuk menyampaikan bantuan tersebut.
Kejadian yang berlaku di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Chaah di Segamat, Johor itu juga turut kelihatan beberapa orang mangsa banjir yang lain menolong lelaki berjiwa besar tersebut dengan memegang kuat pada hujung tali tali yang dipautnya.
Menjengah ke ruangan komen video yang telah memperoleh 1.4 juta tontonan itu pula, rata-rata ramai warganet yang menitipkan doa dan menzahirkan simpati mereka terhadap mangsa berikutan banjir teruk yang melanda di negeri tersebut ketika ini.
Ya Allah, kau permudahkan urusan mangsa-mangsa banjir dan buat saudara-saudara ku yang diterkena musibah. Amin.
Semoga Allah mempermudahkan urusan dan bantuan yang dihulurkan.
Semoga kalian tabah menghadapi ujian Allah SWT, kami doakan kalian dalam lindunganNya
Sekadar info, banjir yang melanda di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak telah membabitkan seramai 7710 buah keluarga mangsa dan dilaporkan sebanyak 236 PPS telah dibuka.
@zurainiswarno Unsung Hero Abg Salleh . Sampai muka pun tak berdaya nak bertahan kat arus tu utk bg bantuan makanan org2 kat PPS . Dari air parat betis sampai dah paras pinggang . Arus kuat sangat ? Allaahhuuu ? #Chaahbanjir #KgJawaBaruChaah #banjir2023 #johordarultakzim??
Sumber: TikTok