Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana berkongsi proses menanam sebahagian kaki ibunya yang dipotong kerana masalah kesihatan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ramai Tersentuh Lihat Momen Ardell Aryana Dukung Anak – ‘Ciuman Si Kecil Itu Penawar Segala Penat’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Muka Nampak Pucat, Ardell Aryana Rebah Sebelum Naik Bas

Selesai urusan

Menerusi perkongsian di Threads, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, dilihat hadir ke forensik dan masjid bagi menguruskan bahagian kaki ibunya itu.

Ardell juga bersyukur kerana proses tersebut dapat berjalan dengan lancar selain berpeluang untuk menguruskannya hingga ke tanah perkuburan.

Wahai kaki ibu ku yang banyak berjasa, terima kasih.

Selesai urusan kaki ini di dunia dan telah pun dikembalikan kepada tanah.

Rezeki hari ini dapat belajar dan turut bersama dalam menguruskan untuk membersihkan, mencuci serta kafankan bahagian kaki ibuku dengan Ustazah Aina.

Dalam masa yang sama, Ardell turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyempurkan urusan kaki ibunya termasuk pendakwah bebas dan rakan seperjuangan, PU Rahmat.

Terima kasih juga PU Rahmat sebab bantu saya dan datang untuk uruskan, dari forensik ke masjid untuk kafankan sehingga urusan tanam.

Buat team Pejabat Pengurusan, pihak masjid dan team tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Kantan, terima kasih sebab sudi bantu saya uruskan kaki ibu dan galikan tanah.

Terdahulu, ibu Ardell telah menjalani pembedahan memotong kakinya akibat komplikasi diabetes kronik.

Ardell menerima perkhabaran tersebut ketika sedang dalam pelayaran bagi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Sumber: Threads Ardell Aryana