
Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat Ikhsan, tampil membuat permohonan maaf selepas kenyataannya berhubung penyertaan wanita ke misi Global Sumud Flotilla (GSF) mencetuskan kontroversi.
Artikel Berkaitan: ‘Nak Simpan Isteri Dalam Rumah & Layan Netflix Sampai 100 Episod, Silakan’ – PU Rahmat
Artikel Berkaitan: PU Rahmat, Imam Asyraf & PU Amin Bakal Berangkat Ke Rafah – ‘30 Kontena Bantuan, Semoga Sampai Ke Perut Anak Gaza’
PU Rahmat mohon maaf
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, PU Rahmat atau nama lengkapnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 33, mengakui khilaf dalam penulisannya berikutan menyentuh tentang kaum isteri yang duduk di rumah.
Saya memohon maaf jika ada yang salah paham dan terasa.
Saya tidak menafikan wanita yang duduk di rumah untuk mencapai syurga.
Dalam masa yang sama, PU Rahmat menegaskan bahawa perkara tersebut dilakukannya hanya untuk mempertahankan wanita yang berjihad.
Selain itu, PU Rahmat juga berharap agar orang ramai beralih tumpuan mereka kepada saudara sesama Islam di bumi Palestin.
Hanya saya menegaskan jika kalian tidak mahu isteri kalian berjuang. Maka silakan, namun jangan dipaksa Adhwa melarang Kak Ardell ke Sumud.
Tiada lain niat melainkan mahu wanita muslimah dibenarkan berjihad.Sekali lagi saya mohon maaf. Kita kembali fokus kepada Gaza kerana Gaza adalah cerita utama.
Terdahulu, kenyataan peserta GSF itu menerima pelbagai reaksi ramai selepas dia mempertahankan pelakon Nadzmi Adhwa yang memberi kebenaran kepada isterinya, Ardell Aryana untuk berjuang di Sumud Flotilla 2.0.
Sumber: Threads