Penyanyi Waheeda bertindak menegur segelintir anak seni yang didakwa seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan: Muncul Dalam Video Dengan Bienda, Waheeda Bakal Buat ‘Comeback’ Selepas Lebih 10 Tahun Menyepi??

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Fly Mohon Maaf Papar Imej Berkemban Dalam MV ‘Serumpun’ – ‘Bukan Nak Cipta Sensasi, Cuma Obses Dengan Karya Sendiri’

Teguran Waheeda

@ttyl.podcast

“WAHEEDA TEGUR PENGGIAT SENI” Berhibur tak salah, tapi bulan Ramadan ni setahun sekali je kan? Ayuh kekalkan kemuliaan Ramadan dengan melazimkan Al-Quran! For Nuzul Quran edition of StoryMorehTTYL, our very own #TTYLReligi podcaster, @officiallywaheeda shares her thoughts on honoring Ramadan and anticipating Lailatul Qadr. In this digital time capsule, we’re capturing one-minute Ramadan & Raya stories from 2025 / 1146H. Stay tuned for more fascinating story-mory from everyday people! #StoryMorehTTYL #timecapsule #ramadanrayastories

♬ original sound – TTYL : Talk To You Later – TTYL : Talk To You Later

Menerusi akaun TikTok Talk To You Later, Waheeda atau nama lengkapnya Norwahidah Abdul Wahab, kurang senang melihat fenomena lagu bertemakan Aidilfitri yang dikeluarkan ketika bulan Ramadan.

Saya ingin mengatakan sesuatu, sebagai anak seni dan peringatan kepada rakan-rakan yang lain. Pada saya sekarang ini sudah makin kurang ajar.

Sekarang sebelum puasa dan sebelum masuk pertengahan Ramadan dah mula bernyanyi lagu raya dan buat promosi.

Bukan itu sahaja, dari segi keterampilan pun sudah tidak dijaga.

Menurut Waheeda, mereka sepatutnya yakin terhadap rezeki daripada Allah SWT.

Anak-anak seni takut..nak kena keluarkan lagu awal sebab nak promosi? Kenapa, adakah sebab nak bersaing antara satu sama lain?

Jadi, di mana keyakinan terhadap rezeki Allah? Allah naik dan Allah juga turunkan. Jadi tukar pemikiran kita.

Sampai bila masih nak berada di takuk lama?

Dalam masa yang sama, isteri kepada penceramah bebas Akhil Hayy itu berharap agar mereka berubah menjadi insan yang lebih baik selepas ini.

Ramadan ini sepatutnya mengingatkan kita pada, ‘kau tak takut tuhan ke?’

Harapnya selepas ini biarlah lebih baik sebab khuatir, kalau macam inilah Ramadan sekarang kita tak tahu apa akan jadi Ramadan tahun hadapan.

Sedih sebab bulan Al-Quran tetapi ianya tidak dihormati.

Netizen sokong

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan teguran yang diberikan pelatun lagu Wassini itu dan berharap para penggiat seni dapat menghormati bulan yang mulia ini.

Sumber: TikTok TTYL Podcast