![[VIDEO] Wakil Kedai Emas Mohon Maaf Terhadap Prince Syed Selepas Staf Baling Cincin– ‘Dia Telah Dipindahkan Di Jabatan Lain’](https://media.ohbulan.com/2025/03/syed-haniffa.jpg)

Wakil kedai emas Haniffa Jewellers tampil memohon maaf secara terbuka berkaitan isu kakitangan melempar cincin terhadap usahawan dan pempengaruh Prince Syed Shahid, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prince Syed Berang, Dakwa Dilayan Buruk Kerana Berpakaian ‘Simple’ Ketika Mahu Beli Emas – ‘Staf Tu Siap Lempar Cincin’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prince Syed Berhabis Lebih RM15K Untuk Baju Raya Isteri, Netizen Tak Sabar Nak Tengok Hasil – ‘Setiap Tahun, Memang Menunggu’
Staf terlibat telah dipindahkan

Menerusi perkongsian di TikTok, pihak Haniffa Jewellers memaklumkan kakitangan terlibat telah dipindahkan ke jabatan lain.
Difahamkan permohonan maaf itu dibuat selepas netizen mengecam tindakan kakitangannya di media sosial.
Saya bagi pihak Haniffa Jewellers ingin memohon maaf di atas perkhidmatan yang tidak memuaskan yang telah diberikan oleh salah seorang daripada staf kami di TikTok baru-baru ini.
Staf yang terlibat telah dipindahkan ke jabatan lain sementara pihak kami melakukan siasatan dan tindakan lanjut.
Sekiranya perkara ini dilaporkan segera ke pihak atasan, kami dengan kadar segera menyelesaikan situasi yang berlaku.
Sudah hubungi

Sementara itu, Prince Syed turut memaklumkan kedai emas itu sudah bertindak untuk menghubunginya berkenaan dengan perkara itu.
Kami diminta datang dan nanti saya kemaskini apa yang jadi pada semua. Doa yang baik-baik untuk dua belah pihak.
Terima kasih kepada pihak Haniffa iaitu pengurus besar yang sangat profesional menghubungi kami dengan cara baik.
Sumber: TikTok








