Usahawan dan juga pempengaruh yang dikenali sebagai Prince Syed Shahid membuat persiapan busana raya untuk isterinya, Fatin Syazwani Ishak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prince Syed Tak Nak Maafkan Netizen Pertikai Warna Muka, Tangan & Kaki Tak Sama – ‘Aku Ni Arab Campur Cina’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prince Syed Beri Isteri RM30k Buat Belanja ‘Shopping’ – ‘Syukur, Rezeki Allah Bagi Kita Kongsi Dengan Pasangan’

Baju raya

@prince.syed.shahidPersiapan baju2 raya Wife pon saya dah mula buat , ni tgh buat baju wife yang menggunakan Lace bernilai RM3k semeter dan semua sekali menggunakan 5 meter , belum lagi kain shantung dan lain2 yg digunakan , nantikan baju apa akan saya buat untuk wife saya pakai menjelang Aidilfitri 2025 ini in sha Allah , tak sabar nak raya , sapa nak tempah baju , wassp 0165762292? bunyi asal – meon.. – meonn?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syed Shahid dilihat sibuk menyiapkan persiapan baju raya untuk tahun ini.

Menurutnya, dia menggunakan kain ‘lace’ yang bernilai RM3,000 untuk semeter.

Persiapan baju-baju raya isteri dah mula buat, ini tengah buat baju dia yang menggunakan lace bernilai RM3,000 semeter dan semua sekali menggunakan 5 meter.

Belum lagi kain shantung dan lain-lain yang digunakan.

Dalam pada itu, Syed Shahid meluahkan rasa teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini.

Mesti letop

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja untuk menunggu hasil baju raya yang direka khas oleh pempengaruh berusia 33 tahun itu untuk isteri tercinta. Selain itu, warganet turut mencemburui Fatin Syazwani yang memiliki suami berbakat menjahit.

Sumber: TikTok @PrinceSyedCouture