Isteri kepada pelawak Shuib, iaitu Watie Hanifiah, berpandangan kebanyakan anak lebih cenderung mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu berbanding bapa.

Artikel Berkaitan: Shuib Dedah Pengorbanan Watie, Hamil Lapan Bulan Tetap Kuat Berniaga – ‘Balik Singapura Tengok Kakinya Bengkak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Perjelas Isu Baju Thalita Seksi, Terima Teguran Daripada Shuib – ‘Bila Halang Akan Memberontak’

Banyak meluangkan masa dengan anak

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata keadaan itu terjadi kerana kebiasaannya ibu lebih banyak menghabiskan masa bersama anak-anak, berbanding bapa yang sering sibuk bekerja dan mencari rezeki untuk keluarga.

Menurutnya, walaupun hanya bergelar ibu tiri, dia tetap mengenali setiap anak dengan lebih mendalam sehingga mampu menghuraikan secara terperinci tentang sikap dan perangai masing-masing.

Anak ini sebenarnya kan, mesti akan rapat dengan siapa ibu dia.

Sebab sebagai ayah, dia ada tugasnya, seperti bertanggungjawab mencari nafkah.

Sebagai ayah juga, dia lebih banyak fikir hal rumah dan komitmen semua benda.

Yang lebih memahami anak, tahu keadaan anak dekat sekolah macam mana, perangai anak di rumah macam mana, lebih banyak masa dengan anak adalah ibu.

Walaupun kita ini cuma mak tiri, tetaplah kita yang lagi tahu semua benda tentang anak.

Saya boleh bagitahu spesifik tentang perangai Uwais macam mana, sama juga dengan Talita dan Martin.

Sebab kita yang banyak masa dengan dia.

Kalau tanya saya, saya pun sebenarnya banyak meluangkan masa dengan anak daripada dengan suami sendiri.

Saya lagi banyak berborak dengan anak daripada dengan suami.

Jadi sudah tentu sebenarnya saya lagi rapat dengan anak berbanding suami.

Anak-anak lebih tahu banyak perkara

Dalam pada itu, Watie turut mendedahkan hubungan rapat tersebut menyebabkan anak-anak lebih mengetahui banyak perkara tentang dirinya, malah ada yang memahami dirinya lebih baik berbanding suaminya sendiri.

Sebab itu juga anak-anak tahu semua benda tentang saya lebih daripada suami saya tahu.

Lebih-lebih lagi Talita, dia boleh cerita satu persatu tentang saya.

Dia boleh ingat ayat saya atau pun apa yang saya suka lebih daripada suami saya sendiri tahu tentang saya.

Sebab kami sentiasa bersama.

Sumber: TikTok