berita

[VIDEO] ‘Walaupun Datang Dari Rahim Yang Berbeza Tetapi Mengalir Dari Satu Darah Yang Sama’ – PU Abu

March 25th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, isteri kepada pendakwah sensasi, PU Abu Sufyan iaitu Hana Azraa berkongsi berita gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua.

Artikel Berkaitan: PU Abu Beri Bayangan Berpisah Dengan Kedua Isteri, Ain ‘Afini & Hana Azraa?

Artikel Berkaitan: Hana Azraa Dakwa PU Abu ‘Gila Talak’, Tidak Teragak Nak ‘Spill The Tea’ Pasal Dua Ahli Syurga – ‘Tadi Dia Ada Bawah Hotel Saya’

Terbaru di Instagram, PU Abu dilihat memuat naik sebuah video pendek bersama empat orang anaknya.

Rahim berbeza darah yang sama

Menerusi video tersebut, PU Abu berharap kesemua anak-anaknya tahu betapa susahnya dia mahu memberikan kebahagiaan kepada mereka.

Permulaan tidak menjadi penentu kepada pengakhiran. Matlamat abi hanya satu, anak-anak abi walaupun datang dari rahim yang berbeza tetapi mengalir dari satu darah yang sama.

Dalam dunia ni ada satu benda yang terkadang susah untuk diungkap dengan kata-kata. Tetapi boleh diterjemahkan dengan bahasa cinta.

Tambah PU Abu, cinta yang paling utama antara insan adalah cinta sebuah keluarga. Oleh sebab itu, dia memohon kepada Allah agar lindungi tali perhubungan itu sampai ke syurga.

Kurang seorang je dalam ni. Hehe. Ada rezeki Jeejah penuhkan frame dalam momen yang nilainya tak terhitung ni.

Pada Oktober tahun lalu, rumah tangga PU Abu Sufyan dengan dua isterinya iaitu Ain Afini dan Hana Azraa dipercayai bakal berakhir.

Malah PU Abu pernah mengesahkan dia dan dua isterinya bakal membawa haluan masing-masing.

Untuk rekod, pasangan itu juga dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia empat tahun manakala Hana juga mempunyai anak perempuan Afifah Aisyah, 8, hasil perkahwinan terdahulu.

PU Abu juga mempunyai tiga cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Ain Afini.

Video

Sumber: PU Abu

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×