Meskipun sudah bercerai, bekas isteri kepada Abu Sufyan iaitu Hana Azraa mendedahkan masih ‘dihantui’ Pencetus Ummah (PU) itu.
Artikel Berkaitan: PU Abu Akui Menyesal Dengan Kesilapan Lalu, Kini Bahagia Dengan Isteri – ‘Terpaling Rindu, Sayang..’
Dalam IG bukan main julang bidadari syurga
Menerusi Instagram Stories, Hana mendakwa Abu masih menganggu keluarganya dan perbuatan itu boleh mencabar kesabaran dirinya untuk membuka cerita sebenar.
Dalam hantaran yang memaparkan tangkapan skrin perbualan bersama adik beradiknya, Hana bersimpati dengan Ain ‘Afini Latif yang didakwa dipergunakan oleh Abu di media sosial.
Hana turut menggesa Abu untuk ‘move on’ kerana dakwanya mereka sudah bercerai talak tiga.
Dah lama gila senyap
Selain itu, di hantaran berbeza, Hana atau nama sebenar Nurhannah Azra Mohd Zakir akui sudah tidak boleh mendiamkan diri kerana jelek dengan sikap Abu yang talam dua muka.
Hana menegaskan tidak akan teragak-agak untuk membuka pekung PU Abu dan isterinya sekiranya masih diusik.
Difahamkan, Hana kini sedang mengerjakan ibadah umrah dan kebetulan Abu turut berada di sana.
Terdahulu, Abu dan Hana berkahwin dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mateen pada 1 Februari 2020.
Pada April 2019, Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin lain ketika Ain sarat hamil.
Hana dikatakan punca sehingga konflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila bercerai talak kedua dan kemudiannya rujuk semula.
Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Menurut Abu, Ain kini sedang hamil anak ketiga.
Sumber: Instagram @hanaazraa