![[VIDEO] Wanita Berstatus Isteri Terpaksa ‘Unfollow’ Zul Ariffin, Nak Jaga Hati Suami – ‘Awak Nampak Kacak’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/WanitaBerselorohNakUnfollowZulAriffin.jpg)
Seorang wanita menyorot perhatian apabila berseloroh mengatakan dirinya mahu ‘unfollow’ Instagram (IG) pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin.
Artikel Berkaitan: Ramai Peminat Tak Keruan Lihat Zul Ariffin ‘Post’ Gambar Tak Berbaju Di Tepi Pantai
Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Muat Naik Foto Sehari 3 Kali, Peminat Jadi Tak Keruan – ‘Spam Setiap Jam Pun Tak Apa, Sejuk Mata Tengok’
Nak jaga hati suami
Menerusi TikTok, wanita yang dikenali sebagai Cik Reshy memaklumkan dia berniat menekan butang ‘unfollow’ kerana mahu menjaga hati suaminya selepas ‘cair’ melihat gambar-gambar dimuat naik Zul Ariffin.
Dalam masa yang sama, Reshy dilihat sempat memuji penampilan dan ketampanan pelakon filem ‘J Revolusi’ itu.
Video ini untuk Zul Ariffin. Hello, aku ini wanita yang sudah berkahwin.
Aku ‘follow’ IG Zul dan dah dua hari, gambar-gambar macam ini (menggoda) yang dia ‘upload’.
Aku sokong artis-artis Malaysia tapi kalau aku ‘tekan tanda suka ‘like’ gambar-gambar itu, aku pula yang jadi ‘red flag’.
Jadi, aku terpaksa ‘unfollow’ sebab nanti suami aku tengok dia akan macam, ‘Kenapa like gambar-gambar macam ini?’
‘By the way’ Zul Ariffin, awak nampak kacak.
Hantaran tersebut kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur melihat luahan Reshy sambil mengakui mereka juga terpegun melihat gambar-gambar Zul Ariffin di IG.
Komen netizen



Sumber: TikTok








