berita

[VIDEO] Wanita ‘Makan Hati’ Serumah Dengan Mentua, Lauk Dimasak Dibuang Belakang Rumah

March 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, setiap pasangan suami isteri yang baru berkahwin pasti mahu hidup berdikari tanpa campur tangan mana-mana pihak. Akan tetapi, ada juga pasangan terpaksa tinggal sebumbung dengan keluarga mentua atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Terbaru, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana lauk yang dimasaknya dipercayai telah dibuang oleh mentuanya sendiri.

Sayur banyak lagi tapi dah dibuang

Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh Deknana222 di akaun TikTok miliknya memaparkan wanita ini sedang mengalirkan air mata kerana terpaksa ‘makan hati’ dengan tindakan mentuanya. Menurut Nana, setelah memasak hidangan untuk seisi keluarga, dia telah mengambil wuduk untuk mendirikan solat.

Namun seusai keluar dari tandas, dia melihat periuk berisi sayur yang dimasaknya pada waktu pagi berada di dalam sinki. Rupa-rupanya kesemua sayur itu telah dibuang oleh mentuanya di belakang rumah sedangkan baki sayur itu masih banyak.

Lebih meruntun hati apabila si mentua kemudian meminta anak perempuannya yang baru pulang dari kerja untuk memasak hidangan lain. Tambah wanita ini lagi, andai kata mentuanya tidak mahu menjamah sayuran yang dimasaknya itu, alangkah baiknya jika makanan tersebut dibiarkan sahaja sekurang-kurangnya dia boleh makan supaya tidak membazir.

Sabar ye awak…

@deknana222selalu salah? Doa Untuk Kamu – Aviwkila

‘Doa agar Allah lembutkan hatinya’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada wanita ini supaya bersabar dalam menempuhi ujian tersebut. Malah, tidak kurang juga ada yang berharap agar keluarga mentuanya itu diberikan hidayah supaya berubah dan lebih menghargai wanita ini.

Sumber: Deknana222

SKIP THIS AD ×