Di Indonesia, seorang wanita telah menghembuskan nafas terakhir ketika menyertai acara lumba lari dalam guni yang berlangsung beberapa hari lalu.
Artikel Berkaitan: Wanita Maut Selepas Minum 2 Botol Air Dalam Masa 20 Minit
Lumba lari dalam guni
Menerusi hantaran di TikTok, memaparkan acara sukaneka yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat sempena hari kemerdekaan republik Indonesia kali ke-78.
Dalam video berkenaan, dapat dilihat penduduk setempat bersorak memberikan sokongan kepada dua wanita yang sedang berlari menuju ke garisan penamat sambil menyarungkan guni.
Sejurus sampai ke garisan penamat, seorang wanita yang berusia 36 tahun rebah secara tiba-tiba. Kemudian, wanita terbabit segera dibawa ke hospital yang berdekatan selepas tidak sedarkan diri bagi membuat pemeriksaan lanjut.
Malangnya, wanita terbabit meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan. Dikatakan, kematian tersebut berpunca akibat kelelahan menyertai acara lari yang dianjurkan.
Video
@indojatipos_video Allfatihah..seorang Ibu rmah tangga di kerinci, Tamiai mengikuti lomba pacu karung terjatuh lalu..tutup usia. . Baca berita di indojatipos.com #hutri78 #indojatipos #indojatipos #kerinci #sungaipenuh #HUTRI78 #jambi ? suara asli – Indojatipos
Sumber: TikTok