berita

[VIDEO] Wanita Tak Jadi Sebak Dengar Ucapan Hari Jadi Dari Anak – ‘Maaf Tak Beli Apa-Apa, Ini Pun Kawan Adik Bagi’

April 17th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Sebagai seorang anak, sudah pasti kita akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan hadiah sewaktu ulang tahun kelahiran ibunda tercinta.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lebih 500k Tontonan, Telatah Kanak-Kanak ‘Merajuk’ Tak Boleh Makan Daging Cetus Tawa

Tak jadi sebak dengar ucapan anak

@yanzyan14 Mula ibu sebak… pas tu ibu tergelak besor dik???#teamsinggel? #loveyourjourney #fyp ? original sound – Yanz Yan

Terbaharu, seorang pengguna TikTok yang dikenal sebagai Yan Zyan tampil memuat naik momen lucu sewaktu anak lelakinya mengucapkan ucapan hari jadi kepadanya.

Menerusi video tersebut, anaknya yang baru sahaja pulang dari sekolah tampil menitipkan ucapan hari lahir buatnya sambil memberikan hadiah berupa biskut dari kocek baju sekolahnya.

Hari ini hari jadi ibu kan? Nah adik bagi hadiah untuk ibu.

Anaknya itu juga sempat menitipkan ucapan maaf kerana hanya mampu untuk memberikan biskut dan tidak mampu untuk memberikan hadiah istimewa buatnya.

Namun, apa yang melucukan ialah anaknya itu sempat berseloroh mengatakan biskut yang dihadiahkan kepadanya itu merupakan pemberian daripada rakan di sekolah.

Maaf ya sebab adik tak boleh beli apa-apa, adik bagi ini (biskut) ja.

Ini pun kawan adik yang bagi.

Zyan kemudiannya dilihat tidak mampu menahan tawanya tatkala mendengar perkataan yang keluar daripada mulut anaknya itu.

Mula-mula ibu sebak, lepas itu ibu gelak besar adik.

Terima kasih adik sebab ingat hari jadi ibu, sayang adik.

Hantaran tersebut meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur melihat telatah anak Zyan sewaktu menitipkan ucapan hari jadi buatnya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa terharu mereka terhadap tindakan anak Zyan itu yang tetap cuba untuk memberikan hadiah sempena hari jadi ibunya.

Komen netizen

Sumber: TikTok yanzyan14

SKIP THIS AD ×