Pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro berkongsi momen melucukan sewaktu menemani isterinya, Nor Farhana Syamimi ke Mahkamah Kluang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kau Ni Mab** Eh?’ – Shahrol Shiro Kongsi Pengalaman Lucu Silap Hantar Anak Pergi Sekolah

Artikel Berkaitan: Shahrol Shiro Jadi ‘Orang Tengah’, Mamak Puteh Terima Bayaran RM17,000 Daripada Stesen TV

Shahrol teman isteri ke mahkamah

@shahrol.shiro

Sewaktu teman wife Anna di mahkamah hari ni atas kesalahan bawak kereta road tax mati, ada moment yang aku sangat berpuas hati seperti terbalas dendam selama ini. Terima kasih hakim 😆

♬ original sound – Shahrol Shiro – Shahrol Shiro

Menerusi TikTok, Shahrol atau nama lengkapnya Shahrol Azizie Azmi menjelaskan bahawa mereka hadir selepas isterinya ditahan kerana memandu kereta dengan cukai jalan (roadtax) mati.

Baru keluar daripada mahkamah hari ini bersama dengan isteri saya atas kesalahan memandu kereta dengan roadtax mati.

Dia terlupa nak hidupkan roadtax.

Apa yang melucukan ialah, ahli kumpulan Shiro dengan nada berseloroh memaklumkan dia sangat berpuas hati kerana isterinya yang mesra disapa Anna mengaku bersalah buat pertama kalinya.

Saya sangat berpuas hati hari ini kerana buat kali pertamanya isteri saya mengaku bersalah di hadapan Hakim.

Hakim tanya, ‘Puan Nor Farhana Syamimi adakah anda mengaku bersalah?’. Dia terus jawab, ‘Saya mengaku bersalah’.

Kalau dekat rumah, ‘Eh ini bukan salah I, ini semua salah you’.

Wah kalau depan Hakim mengaku bersalah. Hahaha satu kepuasan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat ditunjukkan Shahrol dan isterinya.

Komen netizen

Sumber: TikTok Shahrol Shiro