Penyanyi Wany Hasrita yang dikenali dengan gayanya yang sopan dan bersederhana menjadi kesukaan ramai apabila dianggap tidak ‘melebih-lebih’ walaupun bergelar seorang selebriti.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Teruja, Dakwa Nampak Wany Hasrita Usap ‘Baby Bump’
Artikel Berkaitan: #AJL37: Nampak Macam ‘Baby Bump’, Netizen Syak Wany Hasrita Hamil?
Artikel Berkaitan: Wany Hasrita ‘Menahan Rindu’ Jadi Isteri PJJ, Rancang Pindah Ke Kuching Dekat Dengan Suami
Bercuti bersama
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah dilihat berlari ke arah suaminya sejurus sampai ke lapangan terbang, Jepun.
From Japan with love.
Hal tersebut meraih perhatian netizen apabila melihat kemesraan yang jarang ditonjolkan di media sosial sehingga cetus kekeliruan dalam kalangan segelintir netizen.
Bila kahwin?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen hampir lupa bahawa pelantun lagu ‘Menahan Rindu’ itu telah mendirikan rumah tangga. Dalam pada itu, terdapat juga komen yang ditinggalkan dengan memuji sikap Wany yang tidak suka menunjuk kemesraan bersama suami walaupun dirinya seorang yang dikenali ramai.
Sekadar info, Wany Hasrita dan pasangannya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun selamat mendirikan rumah tangga dengan dua kali lafaz pada 22 Julai tahun lalu di Damansara Perdana.
Sumber: TikTok @wanyhasrita