Penyanyi Wany Hasrita berkongsi doa yang diamalkannya sehingga dikurniakan rezeki menunaikan haji seawal usia 27 tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wany Hasrita Pujuk Hati Menahan Rindu, Hampir Empat Tahun PJJ Dengan Suami – ‘Setiap Kali Solat Saya Doa’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wany Hasrita Fokus Pada Anak Pertama, Akui Ibu Sebagai Penasihat Utama – ‘Kalau Ada Rezeki, Alhamdulillah’

Doa Wany

@tvalhijrah Apa agaknya doa @wanyhasrita semasa melaksanakan ibadah haji #pelanalfalah #malaysiaMADANI #MADANIisworking #kalimahtayyibah #islammekardibumimalaysia #satukanummahdenganilmu #jomtontontvalhijrah #tvalhijrah #alhijrahplus ? original sound – TV ALHIJRAH114

Menerusi sebuah sesi temu bual, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita, 32, berkata, dia hanya mengamalkan doa di dalam bahasa melayu.

Tambah pelantun lagu ‘Menahan Rindu’ itu, dia sering memohon kepada Allah agar dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Saya amalkan doa dalam bahasa melayu saja.

Tapi saya mohon agar dikurniakan rezeki yang tidak terjangkau oleh akal fikiran.

Alhamdulillah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mengambil doa penyanyi berusia 32 tahun itu sebagai rutin harian agar dikurniakan rezeki untuk menjadi tetamu Allah. Selain itu, warganet tumpang gembira dengan rezeki Wany yang dipermudahkan.

Pada tahun 2019, Wany terpilih bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan haji bersama rakan artis, Amira Othman.

Jemputan daripada kerajaan Arab Saudi itu dianggap rezeki yang tidak mampu ditolak.

Bukan itu sahaja, Wany turut berpeluang dibawa menaiki helikopter bagi menyaksikan sendiri permandangan Tanah Haram dari sudut pandangan atas.

Sumber: TikTok @TVAlhijrah114