Tahun ini merupakan tahun pertama usahawan, Watie Hanifiah meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama suami, Shuib dan anak-anak mereka.
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Teruja Sambut Lebaran Kali Pertama Sebagai Isteri & Ibu – ‘Paling Saya Excited Adalah Salam Di Pagi Raya’
Artikel Berkaitan: Video Dikritik Netizen, Watie Hanifiah Akui Shuib Sudah Tegur Pasal Baju – ‘Sebenarnya Suami Dah Cakap Jangan’
Hargai isteri
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dilihat sedang membuka sampul raya pemberian Shuib.
Mari kita tengok, dalam ini ada lima sampul. Saya ingatkan duit raya sama macam orang, rupanya lain. Maknanya itulah martabat isteri tercinta.
Watie yang teruja dengan jumlah duit raya yang diterima berhasrat untuk tidak menggunakan wang tersebut malah akan menyimpannya.
Pertama kali beraya bersama suami, dapat duit raya. Ini akan saya jadikan khazanah. Saya takkan guna, saya akan simpan ini sampai bila-bila.
Sampul yang pertama RM1000, sangat excited! . Saya akan simpan sampai anak cucu cicit.
Usahawan berusia 35 tahun itu kemudian mengucapkan terima kasih kepada Shuib dan mendoakannya.
Terima kasih, semoga dilimpahkan rezeki. Saya akan doakan 5000 doa setiap hari. I love you.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Watie sebagai seorang isteri yang beruntung kerana memiliki suami yang pemurah.
Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.
Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata. Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.
@watieehanifiah ??? #shuibsepahtu #shuibwatie #shuibsarah #sepahtu #watiehanifiah #fyp #foryou #fyp??viral #fypage #foryoupage #masukfyp #fypage #fyp #fyp? #fyp??viral #fypage
Sumber: TikTok Watie