Perkongsian mengenai topik jodoh yang dibuat oleh isteri kepada penyampai radio Shuib iaitu Watie Hanifiah mencuri perhatian warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Pujuk Anak Tiri Merajuk Dapat Pujian – ‘Mata Netizen Dah Terbuka Luas’
Artikel Berkaitan: Watie Dedah Masa Bercinta Tak Pernah Keluar Berdua, Sifatkan Shuib ‘Suami Kiriman Tuhan’
Power of doa
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Watie berkongsi empat ciri utama suami yang diinginkan semasa waktu bujang. Kata usahawan berumur 35 tahun, dia tidak menyangka apabila doanya dimakbulkan dan kriteria tersebut ada dalam diri Shuib.
Dari dulu bila berdoa pasal jodoh,mesti doa semoga Allah jodohkan dengan seseorang yang ..
Pertama, kelakar. Sebab dia kena hari-hari buat lawak, bagi ketawa sebab kalau sehari tak ketawa rasa mcm suram hidup.
Kedua, pandai main gitar. Supaya kalau tak pergi karaoke, dia boleh mainkan gitar untuk kita nyanyi.
Ketiga, suara kena sedap sebab dia kena nyanyi sama-sama sambil petik gitar.
Akhir sekali, seorang Golfer (pemain golf). Ciri-ciri ini mula bertambah masa umur 27 tahun sebab masa ini dah mula suka dengan golf.
Banyak lagi sebenarnya kalau nak ceritakan ciri-ciri yang kita nak tapi tak sangka Allah itu Maha Mendengar. Sebab banyak yang kita nak, banyak juga yang Allah makbulkan. Alhamdulillah.
Dalam pada itu, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menasihati individu yang sedang mencari jodoh untuk tidak putus asa berdoa.
Jadi kat sini kita nak bagi semangat kat korang yang belum bertemu jodoh. Lambat bertemu jodoh, jangan risau okey.
Jangan pernah berhenti berdoa untuk Allah temukan dengan jodoh yang korang inginkan. Insya-Allah jodoh pasti bertemu kerana sabar itu begitu indah.
Terdahulu, Shuib dan Watie disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 23 Jun lalu di Putra Glass House, Putra Heights.
Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: Instagram