Isteri kepada Shuib iaitu usahawan, Watie Hanifiah bersyukur apabila dikurniakan pelawak dan penyampai radio itu sebagai suami.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Sah Jadi Milik Watie Hanifiah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 5 Kali ‘Blackout’, Talita Menangis & Tembakan Bunga Api Antara 10 Momen Walimatulurus Shuib & Watie
Artikel Berkaitan: ‘Bangun Pagi Know Know Dah Ada Suami’ – Watie Hanifiah
Suami Kiriman Tuhan
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Watie menyifatkan Shuib sebagai ‘suami kiriman Tuhan.’ Menurut Watie, 35, dia tidak merasa momen berdua ketika mereka di fasa percintaan kerana Shuib sering ditemani ibu Salamiah Jalani, dan anak-anak.
Kata Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, Shuib sering menasihatinya untuk bersabar kerana dia tidak seperti ‘boyfriend’ di luar sana.
Banyak benda sebenarnya pertama kali yang buat bersama dia ini. Dia selalu minta bersabar sebab bercinta dengan dia tak macam bercinta dengan orang lain dia cakap.
Bila dating, bawa kawan, anak dan mak. Jalan tak ada nak pimpin-pimpin tangan, tak ada dinner date, tak ada nak melancong berdua-duaan.
Bila nak buat kejutan ulang tahun kelahiran kita pun, dia datang buat kejutan tetapi duduk di meja lain. Pandang, jeling saja dari jauh.
Bagaimanapun, Watie gembira apabila berkat kesabarannya akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.
Dan rupanya sabar itu indah. Allah nak kita lalui segala momen itu di saat yang tepat. Sekarang kami berdua tahu erti berbulan madu.
Pada 23 Jun lalu, pemilik nama Shahmira Muhamad sah menjadi suami kepada usahawan, Watie, dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Heights.
Dalam majlis serba putih dan ‘dusty pink,’ Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 atas simbolik tarikh lahir Watie. Kini, pasangan sama cantik sama padan ini sedang berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: Instagram