![[VIDEO] Wawa Zainal Bukan Mahu Riak, Impi Tambah Nilai Zakat Perniagaan Lebih RM1 Juta – ‘Saya Doa Supaya Allah Panjangkan Rezeki’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/wawa-1.jpg)
Pelakon dan usahawan Wawa Zainal menyifatkan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 sebagai fasa hidup di mana dia lebih menumpukan perhatian untuk memberi manfaat kepada orang lain berbanding mengejar impian besar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Konsisten Tunai Zakat RM1 Juta Selama Tiga Tahun
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Pupuk Minat Bisnes Dalam Diri Anak – ‘Ia Takkan Jadi Dengan Tiba-Tiba’
Bersyukur apa yang dimiliki

Menurut Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, dia bukan bersikap riak sebaliknya kini lebih selesa bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Alhamdulillah hari ini (semalam) genap usia saya yang ke-34 tahun di dunia ini.
Terima kasih Allah kerana mengurniakan suami yang sempurna.
Seperti biasa setiap kali sambutan hari jadi, saya akan meraikan bersama anak-anak yatim dan asnaf.
Walaupun ada pertubuhan yang membatalkan jemputan ini pada saat akhir, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Saya selalu berdoa semoga apa yang Allah pinjamkan dan ada sekarang ini kekal selama saya hidup di dunia ini.
Sejujurnya saya sudah tiada apa yang nak diimpikan sangat, Alhamdulillah semua saya dapat.
Wawa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Lahir dan Majlis Berbuka bersama anak-anak Pusat Pendidikan Al Musthofa di Kajang, pada Khamis.
Harap dapat tingkatkan sumbangan dengan zakat

Kata isteri kepada aktor, Aeril Zafrel, dia berharap dapat meningkatkan sumbangan, terutamanya melalui zakat perniagaan, dengan sasaran melebihi RM1 juta.
Cuma setiap hari saya berdoa supaya Allah panjangkan rezeki ini.
Saya bukan nak riak tapi saya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang.
Saya memang dah tiada nak capai apa-apa lagi.
Cuma saya nak lebihkan lagi bayaran zakat perniagaan.
Saya berharap ada peningkatan setiap tahun.
Dalam pada itu, ibu kepada empat cahaya mata ini menyifatkan hadiah paling bermakna buat dirinya adalah menjadi insan yang menjadi lebih baik.
Baginya, setiap hari adalah peluang untuk memperbaiki diri dan memberi contoh yang baik kepada keluarga.
Saya nak jadi isteri yang baik dan sempurna untuk Aeril.
Saya pun masih belajar lagi untuk menjadi isteri yang sempurna serta hamba Allah yang taat.







