![[VIDEO] Wawa Zainal Cepat Penat, Covid-19 Beri Kesan Pada Kerja – ‘Tenaga Saya Tak Sokong’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/wawa.jpg)
Pelakon dan usahawan Wawa Zainal akui cepat penat kerana kesan masa panjang ketika dijangkiti virus covid-19.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya Ada Sakitkan Hati Orang, Saya Minta Maaf’ – Wawa Zainal
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Dilema Hayla Sibuk Dengan Kek Batik
Covid-19
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin memaklumkan bahawa badannya kerap letih.
Tambah Wawa, dia turut merasakan keletihan walaupun tidak melakukan apa-apa aktiviti.
Saya bercakap pun saya penat.
Dah la banyak barang nak kena launch. Tapi energy saya tidak sokong.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aeril Zafril itu meminta pendapat pengikutnya untuk memberi cadangan doktor yang mampu mengubatinya.
Doktor apa yang korang rasa Wawa kena jumpa?
Doktor kan ada macam-macam kepakaran.
Saya duduk sekejap je pun macam ini, saya punya kaki langsung tiada tenaga.
Sumber: TikTok @wawaofficialhgclub







