![[VIDEO] Yatie Kamarzaman Dedah Sumber Pendapatan, Kekayaan Dipersoal](https://asset.ohbulan.com/2025/08/yatie.jpg)
Usahawan, Yatie Kamarzaman tampil menjelaskan apabila terdapat individu mempersoalkan kekayaan yang dikongsi di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yatie Kamarzaman Nafi Suami ‘Kenenkan’ Ibu Dengan Bapa Tiri – ‘Kalau Betul, Kenapa Kami Tak Ada Masa Akad Nikah?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Banding Harga Rumah Kak Yatie Lebih Mahal, Aliff Syukri Respon – ‘Yang Penting Cari Harta Sendiri’
Pelaburan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Yatie memaklumkan bahawa dia tidak mengamalkan bisnes keluarga.
Ujarnya, gaji yang diperoleh adalah melalui pelaburan.
Sebenarnya, walaupun korang nampak Aliff Syukri dan Bonda ada bisnes tapi kami bukan bisnes keluarga.
Masing-masing dengan bisnes sendiri. Kalau Aliff Syukri dengan isterinya, saya dengan suami dan Bonda Rozita secara solo.
Kalau pelaburan, mungkin mereka ada.
Tapi kalau macam saya, gaji diperoleh daripada pelaburan. Tidak sepenuhnya kita dapat gaji dari bisnes.
Bagus jujur




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Yatie untuk berkongsi jenis pelaburan yang dilakukan agar dapat dijadikan contoh buat usahawan lain. Selain itu, warganet turut memuji keberaniannya dalam bersikap jujur mengenai gaji yang diperoleh.
Sumber: TikTok @yatie.kamarzaman








