Penyanyi Yazmin Aziz merangkul tempat pertama dalam episod kedua Silk Way Star yang berlangsung di Kazakhstan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kekasih Yazmin Aziz Buat Kejutan Sempena Hari Lahir, Netizen Komen – ‘Mesti Dalam Bilik, Macam Dah Nikah’

Artikel Berkaitan: Kekasih Terharu Yazmin Aziz Sanggup Terbang Ke Filipina, Beri Kejutan Sempena ‘Monthsary’ – ‘Saya Hargai Pengorbanan Sayang’

Juara minggu kedua

@yazminaziz

2nd Episode, 1st place overall! 🥇Please support my journey ❤️ #fyp #MusikdiTikTok #competition @Silk Way Star @Miley Cyrus

♬ original sound – Yazmin Aziz – Yazmin Aziz

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Yazmin mempersembahkan lagu ‘Flowers’ nyanyian asal Miley Cyrus pada persembahan keduanya.

Susulan itu, persembahan penyanyi berdarah kacukan Malaysia-Filipina tersebut berjaya memikat hati para juri sehingga menduduki tempat pertama.

Mewakili Malaysia, satu-satunya peserta Asia yang mewakili di Kazahstan.

Episode kedua, tempat pertama.

Dalam pada itu, Yazmin meminta orang ramai agar menyokong perjalanannya sehingga pusingan akhir yang bakal disiarkan secara langsung pada 22 November depan.

Sokongan peminat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan luar biasa agar Yazmin terus mengharumkan nama Malaysia dengan bakat nyanyiannya.

Sumber: TikTok @yazminaziz