Penerbit Datuk Yusof Haslam tetap mendoakan yang terbaik buat anak lelakinya, Syamsul Yusof yang juga merupakan pelakon dan pengarah sensasi meskipun sudah lama tidak berhubung dan bersua muka.
Artikel berkaitan: ‘Tanggungjawab Suami Bukan Semata Bagi Duit’ – Kecewa Dengan Syamsul, Air Mata Yusof Haslam Gugur
Tak nak balik terserah
Menerusi temu bual bersama Melodi, Yusof reda sekiranya Syamsul mengambil keputusan untuk tidak lagi menjejak kakinya ke rumah mewah yang terletak di Taman Melawati.
Bagaimanapun, Yusof, 69, mengingatkan pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof agar tidak menunggu sudah kehilangan, baru sedar kewujudan ibu bapa.
Tak salah tahun lepas masa mak mertua saya sakit (berhubung). Ibu dia ada hubungi, masa itu saya ada berbual sekejap. Tapi sebelum itu, dah bertahun dia tak balik. Tak apa saya tak marah, tak anggap bukan-bukan.
Sebagai anak, mungkin ada benda yang dia tak puas hati dengan ibunya atau dengan saya. Bagi saya, tak apa lah kami bagi masa. Terserah kepada Syamsul untuk balik berjumpa dengan ibunya. Kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera.
Kami sudah nak menjangkau 70 tahun pada tahun depan. Ramai rakan seperjuangan saya sudah pergi. Kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapa kau sudah tak ada, baru nak cari.
Jangan anggap apa yang ibu bapa luah itu sebagai untuk merendahkan kamu. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik. Papa rasa jiwa kamu akan lagi tenang apabila kamu berbaik dengan ibu terutamanya serta keluarga. Wang bukan segala-segalanya. Dalam solat kami sentiasa doakan yang terbaik.
Saya sudah letih
Dalam pada itu, ditanya sama ada Yusof rindu dengan seorang anak yang bernama Syamsul? Yusof gagal menahan air mata dan mengakui sudah penat dengan kontroversi keluarganya yang masih belum menemui jalan pendamaian.
Kami sedih..(menangis) Of course kami sayang dengan anak. Saya sudah letih dengan semua ini. Jiwa saya dengan Datin Patimah sudah tenang. Kami sudah terima semua ini dengan apa yang berlaku.
Saya doakan agar filem-filem Syamsul mendapat sambutan yang baik. Papa tetap akan menyokong kamu.
Sumber: Melodi