![[VIDEO] Zahnita Wilson Kini ‘Owner’ Kedai Pai](https://asset.ohbulan.com/2025/06/zahnita.jpg)
Setelah lama menguruskan perniagaan pai di rumah, pelakon dan model, Zahnita Wilson berjaya membuka kedai fizikal pertamanya di Taman Equine.
Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Syukur Dapat Beli Kereta Baharu – ‘Lepas Ini Tak Payah Pakai Kereta Sewa Dah’
Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Ungkap Kisah Sedih Dengan Tiga Perkataan – ‘Cinta & Kehidupan’
Kedai fizikal yang pertama
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson dilihat membuat ‘tour’ dalam kedainya yang diberi nama Zahnita’s Humble PIE.
Terlalu sibuk dengan mencipta kandungan sejak kebelakang ini.
Selamat datang ke tempat dan permulaan baru saya.
Saya bersedia untuk mengambil tempahan bagi Zahnita’s Humble PIE.
Dalam pada itu, Zahnita meluahkan rasa syukur atas sokongan tidak terhingga daripada pelanggan yang sentiasa meletakkan kepercayaan kepadanya.
Tahniah Zahnita




Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan usahawan dilihat tumpang gembira dengan kejayaan Zahnita dengan hasil usahanya sendiri. Selain itu, warganet turut mendoakan agar urusan aktres berusia 39 tahun itu sentiasa dipermudahkan.
Sumber: Instagram @zahnita








![[VIDEO] Dr Hasseenah Dedah Rawatan Kecantikan Wajah Tular Didakwa Haram & Bernajis](https://asset.ohbulan.com/2026/07/doktor.jpg)