Zahnita Wilson

Selepas beberapa hari berehat bagi menenangkan fikiran, pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson kembali menerima tempahan pai yang diusahakan.

Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson ‘Burnout’ Mental & Fizikal, Akan Jawab Semua Isu Di Mahkamah Pada 18 April

Artikel Berkaitan: ‘Suami Dia Percaya Zahnita Letak Dad*h Dalam Makanan, Mata Dia Bukan Kena Tumb*k’ – Bekas Rakan Kongsi Dakwa Zahnita Putar Belit?

‘Im back’

Zahnita Wilson

Menerusi perkongsian di Instagram, Zahnita, 40, berkata, tempahan akan mula dibuka pada Selasa.

Saya kembali, saya akan mula ambil tempahan semula pada Selasa. Terima kasih kepada semua yang menyokong. I love you so much. Pai 100 peratus air tangan super model Malaysia.

Menerusi hantaran sama, Zahnita turut berkongsi video memaparkan keadaan dia dapur yang sedang menyiapkan pai.

Hantaran itu turut disertakan dengan lagu berjudul ‘Titanium’ nyanyian Sia sebagai muzik latar.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan perniagaan aktres itu berjalan lancar.

Sebelum ini, Zahnita memberitahu keadaanya sangat penat atau ‘burnout’ sehingga terpaksa berehat mengambil tempahan pai susulan pendedahan yang dibuat oleh bekas rakan bisnesnya dikenali sebagai Nur Hanisah.

Hanisah mendakwa segala dakwaan yang dikongsikan Zahnita dalam media sosial berkaitan isu rumah tangganya adalah palsu.

Terus mengunci mulut berhubung perkara itu, Zahnita berkata dia akan menjawab segala persoalan di Mahkamah Kuantan, Pahang, pada 18 April ini.

Terdapat tiga kes yang berjalan serentak iaitu iaitu melibatkan hadanah, interim injuksi dan kes cerai yang mana sudah diperingkat hakam.

Sumber: Instagram