Pelakon, Zarina Zainuddin memaklumkan bahawa dia yakin anaknya, Azal Azrai mampu menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab sekiranya bertemu jodoh satu hari nanti.
Artikel Berkaitan: Zarina Zainuddin Dedah Azal Sedang Mengenali Hati Wanita Indonesia – ‘Nama Dia Rahmah & Pandai Masak’
Harap anak disayangi calon isteri
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Zarina berkata, sebagai seorang ibu menjadi impian untuk melihat anak lelakinya itu hidup bahagia bersama insan dicintai.
Sebagai seorang ibu, saya memang ada harapan nak tengok Azal kahwin, berumah tangga dan rasa bahagia. Adanya seorang isteri yang menjaga dan sayang dia.
Dan saya sangat yakin Azal boleh dan mampu kerana dia seorang yang bertanggungjawab. Macam mana dia dengan saya, jaga saya. Saya pergi mana-mana pun dia akan ikut dan dia seorang yang setia.
Saya rasa bila dia dapat seorang wanita, seorang isteri, dia akan jaga dengan sangat baik sekali.
Pelakon berusia 53 tahun itu juga berharap agar Azal bertemu dengan seorang wanita yang benar-benar ikhlas menyayangi dan menjaganya.
Saya harapkan adanya seorang wanita yang boleh beri dia kasih sayang, jaga makan minum dia dan ikhlas menjaganya.
Insya-Allah, semoga Allah permudahkan.
Terdahulu, pelakon drama ‘Teduhan Kasih’ itu mendedahkan anaknya, Azal ketika ini sedang dalam fasa mengenali hati budi seorang wanita yang dikenali sebagai Rahmah.
Difahamkan, detik perkenalan Azal dengan wanita tersebut bermula ketika dia dan anaknya berada di Singapura untuk menguruskan perniagaan.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram