berita

[VIDEO] Zizan Razak Hadiah Ibu Kereta Mercedes GLC300, Netizen Respon; ‘Dia Lambat Kahwin Tapi Bahagiakan Keluarga’

March 19th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Selebriti versatil, Zizan Razak membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah buat ibu tercintanya, Anai Ibrahim.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Zizan Razak Tercengang Dapat Hadiah Motor – ‘Adik Sanggup Susahkan Diri Untuk Aku’

Mercedes GLC300

@hafizarazak869Misi berjaya lagi by @zizanrazak869 Untuk ibu tercinta.. @ratu_elizrosedawson154 Terima kasih yang menjayakan misi ini @musrosymr @rosymus @saifulmerican @serilicious_benz? original sound – Hafizarazak869

Menerusi TikTok, abang kepada Zizan memuat naik video mereka berdua yang sedang dalam perjalanan ke pusat ‘showroom’ kereta jenama mewah, Mercedes.

Setibanya di pusat ‘showroom’ kereta tersebut, mereka berpura-pura seperti mahu melihat beberapa buah kenderaan yang ada sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Kami datang sini konon-konon bosan sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Sambil-sambil itu buat-buat tengok kereta dan berkenalan dengan jurujual.

Lepas itu, jurujual pura-pura tanya ibu suka ke kereta Mercedes sebelum bawa kami tengok sebuah kereta jenis GLC300.

Selepas itu, jurujual berkenaan meminta ibu mereka untuk membacakan beberapa perkataan yang terpapar di skrin yang terletak di bahagian kereta tersebut.

Selepas beberapa ketika, ibu Zizan dilihat sebak sebelum menitiskan air mata apabila mengetahui kereta tersebut merupakan miliknya.

Di akhir video tersebut, Hafiza menitipkan ucapan terima kasih buat Zizan sambil menyatakan bahawa dia berbangga dengan pencapaian adiknya itu.

Ibu masih sebak sebab dapat kereta idaman, hadiah daripada Zizan.

Alhamdulillah, Along bangga dengan adik sebab banyak tolong kami.

We love you, adik.

Hantaran tersebut turut meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya sebak melihat Zizan dan abangnya yang melakukan kejutan buat ibu mereka.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berpendapat asbab Zizan masih belum berkahwin adalah kerana selebriti berkenaan mahu membahagiakan ibunya terlebih dahulu.

Komen netizen

Sumber: TikTok Hafiza Razak

SKIP THIS AD ×