Pelakon Datin Niena Baharun tampil memberi penjelasan dan menjawab persoalan ramai berhubung keputusannya ‘menghilang’ selama dua tahun dari dunia lakonan.

Artikel Berkaitan: Niena Baharun Kongsi Kisah Warga Emas Usia 84 Tahun, Keluar Cari Duit Demi Sara Isteri Sakit & 46 Ekor Kucing

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Niena Baharun Terharu Dengan Pengorbanan ‘Babysitter’, Hadiahkan Gelang Tangan Emas Sebagai Tanda Perpisahan

‘Ramai sangka saya dah tak berlakon’

Ketika ditemui OhBulan! Niena atau nama lengkpanya Amaniena Kamarul Baharun, 32, menjelaskan bahawa keputusan untuk berehat dari dunia lakonan bukan disebabkan larangan suami, sebaliknya kerana mahu memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga.

Namun kini, dia sudah bersedia untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

Ramai yang sangka saya sudah tidak berlakon. Tetapi saya tidak pernah berhenti. 

Sebelum ini, anak-anak masih kecil dan saya harus memberi fokus. Tapi sekarang bila anak-anak dah besar, seorang berusia tujuh tahun dan seorang lagi lima tahun, saya dah bersedia untuk kembali berlakon.

Pelakon drama Dia Anak Jeneral ini turut menepis tanggapan sesetengah pihak yang menyangka dirinya berhenti berlakon kerana tidak mendapat keizinan daripada suami.

saya nak perjelaskan dekat semua orang sebab ramai yang bertanya dan menganggap suami saya tak benarkan saya berlakon. 

Alhamdulillah, suami saya tiada masalah dan tidak menghalang jika saya ingin berlakon cuma kekangan masa saya sahaja. 

Niena berkata demikian ketika ditemui di acara Malaysia Bridal Fashion Week, baru-baru ini

‘Dia tahu berlakon adalah kerjaya dan minat saya’

Dalam pada itu, Niena meluahkan rasa syukur kerana suaminya sentiasa memahami minat dan impiannya dalam dunia seni sejak awal perkenalan mereka.

Saya sudah kenal suami sejak tujuh tahun sebelum kami berkahwin dan sekarang kami dah tujuh tahun mendirikan rumah tangga. 

Dia tahu berlakon adalah kerjaya dan minat saya.

Ditanya mengenai keputusannya untuk berehat selama dua tahun, Niena menjelaskan bahawa tempoh tersebut bukanlah satu kerugian, sebaliknya memberikan ruang untuknya menikmati kehidupan bersama keluarga.

Saya tak rasa dua tahun ini satu tempoh yang merugikan. Saya menjalani kehidupan bersama keluarga dan rasa cukup selesa.

Sepanjang tempoh itu juga, Niena mengakui menolak beberapa tawaran berlakon demi memberi keutamaan kepada keluarga.

Terbaharu Niena bakal tampil dalam sebuah filem bersama pelakon Raja Afiq namun perinciannnya masih lagi dirahsiakan. 

Untuk rekod Niena berkahwin dengan Datuk Aliff Firdaus pada 1 Februari 2018. 

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adiel Mikael, 7, dan Alyssa Marissa yang kini berusia lima tahun.