berita

[VIDEO] Niena Baharun Terharu Dengan Pengorbanan ‘Babysitter’, Hadiahkan Gelang Tangan Emas Sebagai Tanda Perpisahan

November 4th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Datin Niena Baharun bersykur apabila dikurniakan penjaga anak-anak atau babysitter yang baik hati serta ikhlas bekerja.

Artikel Berkaitan: Eina Azman Beri Pembantu Rumah Rantai Emas Sempena Hari Lahir

Banyak kali tanya sebelum terima bekerja

@nienabaharun.nb Perpisahan itu ada, agar kita bisa menghargai sebuah pertemuan. ? #simpansinibuatkenangan #fyp #fyp? #foryoupage #tiktokmalaysia #tiktokindonesia ? Kenangan Terindah (Piano Version) – Gaius Yeong

Menerusi hantaran di TikTok, Niena berkongsi video perpisahan dengan penjaga anak-anaknya yang telah berkhidmat selama beberapa bulan.

Sebagai tanda penghargaan, Niena, 29, menghadiahkan seutas gelang tangan emas sebagai hadiah kenang-kenangan.

Bercerita detik permulaan, pemilik nama Amaniena Kamarul Baharun menyatakan Asra Syafikah yang menawarkan diri untuk menjaga dua anak lelakinya kerana ingin meringankan beban keluarga.

Awal tahun haritu saya struggle cari helper untuk jaga anak-anak saya lepas maid yang lama balik. Dengan nak tunggu maid baru tak boleh masuk sebab musim Covid.

Tapi satu hari tu, Allah temukan saya dengan insan bernama Asra Syafikah secara tidak sengaja. Dengan izin Allah, dia yang offer diri untuk bekerja sebagai babysitter anak saya.

Sebelum dia masuk kerja, banyak kali saya tanya dia. Betul ke nak jadi babysitter? Sebab bukan senang nak jaga kids di usia yang muda, tambah masa tu tengah aktif.

Jawapan dia memang suka kids, dan dari sekolah dia dah biasa jaga adik-adik sebab adik-beradik dia ada 8 orang. Bila saya dengar ada 8 orang adik-beradik, masa tu saya nampak keikhlasan di hati seorang anak dan kakak.

Dia cakap, dia nak kerja, nak tolong ringankan beban mak dan ayah serta adik-beradik dia. Walaupun awak bekerja dengan saya hanya berapa bulan tapi saya terima kasih dan hargai cara awak jaga, sayang anak-anak saya.

Anggap keluarga sendiri

Dalam pada itu, pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz terharu dengan Asra yang sanggup mengorbankan masa mudanya demi mencari rezeki.

Hadiah ni pun, tak boleh ganti dengan masa yang awak korbankan untuk menjaga kedua anak saya. Dia bukan sahaja babysitter untuk anak-anak saya tapi saya anggap dia macam keluarga saya.

Kisah suka duka kami sentiasa kongsi bersama. Walaupun kenal berapa bulan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan saya pasti perpisahan ini bukanlah sayu pengakhiran.

Untuk info, Niena telah mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2018 bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim. Hasil perkahwinan tersebut, Niena dikurniakan dua orang anak iaitu Adiel Mikael, 4, dan Alyssa Marissa yang kini berusia dua tahun.

Sumber: TikTok @nienabaharun.nb

SKIP THIS AD ×