berita

Viral Dakwaan Sudah Bercerai, Netizen Mula Banjiri Ruangan Komen Mizz Nina Dengan Kata-Kata Positif – ‘Allah Sayang Kamu’

August 4th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Viral di media sosial mengenai dakwaan pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 3 Ogos lalu.

Artikel berkaitan: Mizz Nina, Noh Salleh Cerai?

Menerusi Instagram Mizz Nina, rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komennya. Netizen memberi kata-kata semangat buat Mizz Nina agar tabah dengan ujian yang melanda.

Allah sayang kamu

Meskipun berita mengenai perceraian Mizz Nina masih belum disahkan oleh tuan empunya badan, netizen berkata wanita itu seorang yang kuat dan mampu berdepan dengan segala masalah yang datang. Menurut netizen, sekiranya berita viral tersebut benar, mereka berharap Mizz Nina tabah dan terus fokus ke hadapan dalam membesarkan anak angkatnya.

Terdahulu, pasangan terbabit dipercayai telah memfailkan penceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Mizz Nina kerap memuat naik kata-kata motivasi sejak belakangan ini. Malah, ramai yang mendakwa Mizz Nina seolah kecewa dengan apa yang berlaku dalam hidupnya.

Sumber: Mizz Nina

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×