Tindakan TV Al Hijrah memanggil Wan Nor Baizura Bharudin (Kak Long) sebagai tetamu bagi sebuah program menerima kecaman yang hebat daripada wargamaya. Kecaman tersebut bermula selepas Pencetus Ummah (PU) Amin memuat naik satu hantaran di laman Facebook.
Artikel berkaitan: Panggil ‘Kak Long’ Sebagai Tetamu Program, Netizen Kecam PU Amin & Stesen TV
Berikutan daripada itu, stesen TV AL Hijrah tampil mengeluarkan kenyataan media berhubung isu viral tersebut.
Program isu terkini
Menurut kenyataan TV Al Hijrah, ‘Program Trending’ merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.
Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long 7E’ agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial.
Menurut TV Al Hijrah lagi, mereka mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod tersebut.
TV Al Hijrah ingin mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
Kenyataan media
Sumber: TV Al Hijrah