Tindakan sebuah stesen televisyen yang memanggil Wan Nor Baizura Bharudin (Kak Long) sebagai tetamu bagi sebuah program menerima kecaman yang hebat daripada wargamaya. Kecaman tersebut bermula selepas Pencetus Ummah (PU) Amin memuat naik satu hantaran di laman Facebook.
Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Minta Netizen Henti Kongsi Video ‘Aib’ Kak Long – ‘Kasihan Anaknya, Nanti Nak Pergi Sekolah Malu…’
Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf Dengan Pekerja Kedai Serbaneka, ‘Kak Long’ Minta Netizen Henti Sebar Video – ‘Maruah Saya Dah Tercalar’
Artikel Berkaitan: Anak Dituduh Mencuri, Wanita ‘Mengamuk’ Serang Pekerja – ‘Mu Fitnah Anak Aku?’
Netizen kecam stesen tv
Menerusi satu hantaran di Facebook, PU Amin berkongsi sekeping foto bergambar bersama Kak Long yang dipercayai menjadi tetamu bagi sebuah program terbitan sebuah stesen televisyen. Menerusi pemeriksaan pihak OHBULAN! posting tersebut telah pun dipadam oleh PU Amin.
Ini Kak Long 7E. Kak Long ini garang ke? Saja nak viral atau luar kawalan? Kita tengok nanti dalam rancangan ********.
Menerusi semakan di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan stesen televisyen berkenaan yang menjemput Kak Long sebagai tetamu jemputan bagi rancangan tersebut.
Kenapa ******* & PU Amin menjemput Kak Long ** @ Wan Nor Baizura yang tak beradap tu. Sepatutnya pekerja ** dan *** yang kena maki hamun tu lah yang patut dijemput dan wawancara kerana tinggi adab mereka. Bukannya wanita tak berad** tu yang diwawancara.
Jawab lah bagi terang. Kenapa perempuan biad** kaki hamun kaki ma** tak ada ad** ni kau angkat julang sampai masuk tv. Samp** sangat ke modal sampai ambil perempuan ni. Jahan** lah pemikiran anak-anak muda sekarang ini. Paling senang nak famous buat video bodoh soon orang angkat jadi popular senang buat duit dengan kebodo***, memalukan.
Benda paling bodoh yang ******* buat pi jemput Kak Long ** yang biad** tu jadi tetamu studio. Untuk apa? popularkan dia lagi? Ke ******* ni lapar viewers? Kalau betul nak ketengahkan pengajaran untuk masyarakat, patutnya jemput staff ** yang penyabar gila tu. Baru betul!
Terdahulu, viral sebuah video memaparkan seorang wanita yang mengamuk kepada seorang pekerja kedai serbaneka berikutan anak lelakinya yang dipercayai dituduh di kedai berkenaan. Wanita tersebut bagaimanapun, tampil memohon maaf kepada pekerja berkenaan atas tindakannya yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Sumber: Facebook & Twitter