berita

Viral Isu Potong Daging Babi Di Tempat Pemotongan Ayam, Pasar Raya Di Banting Tampil Beri Penjelasan

March 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu dakwaan yang mengatakan seorang pekerja di sebuah pasar raya di Banting telah memotong daging babi di tempat memotong daging ayam di premis berkenaan. Isu tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sehingga pihak pengurusan pasar raya terbabit telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Potong daging babi di pasar raya

Difahamkan, isu tersebut mula tercetus selepas salah seorang pengguna Facebook memaklumkan tentang insiden yang berlaku selain meminta orang ramai terutamanya pelanggan Muslim supaya berhati-hati dan tidak membeli daging ayam di pasar raya terbabit. Susulan daripada isu yang viral itu, pihak pengurusan pasar raya telah memohon maaf atas kesilapan dari pihak mereka.

Jelas mereka lagi, segala peralatan yang digunakan telah digantikan dengan yang baharu dan daging ayam yang dijual ketika kejadian sudah pun dibuang. Bukan itu sahaja, mereka juga turut memanggil bilal masjid untuk membersihkan dan menyertu kawasan berkenaan. Difahamkan, pekerja pasar raya yang terlibat telah dibuang kerja serta-merta.

Isu mula tercetus

Kenyataan pihak pengurusan

‘Hormat sesama agama lain’

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×