berita

Viral Kisah Uncle OKU Jual Pewangi Di Shopee, Netizen Pakat ‘Borong’ & Pengikut Naik Sampai 12 Ribu!

April 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Fahrin Ahmad

Tidak dinafikan kini ramai peniaga yang mengambil alternatif untuk berniaga secara atas talian berikutan kemudahan yang disediakan oleh platfom tersebut yang banyak membantu kelangsungan sesetengah peniaga. Bahkan, kaedah yang diguna pakai secara tidak langsung dapat menambahkan lagi jumlah pelanggan mereka.

Artikel Berkaitan: Live Pukul 3 Pagi Jual Bundle Harga RM1, Wanita Ini Sebak Bila Ramai ‘Support’

Artikel Berkaitan: 14 Ribu Orang Tonton Aksi Kanak-Kanak Jual Baju Di FB Live, Memang Pandai Berniaga Sungguh!

Artikel Berkaitan: Meniaga Kerepek, Barang ‘Bundle’ Bawah Lampu Jalan, Pakcik Ini Sebak Bila Tahu PKP Bakal Bermula

‘Views 7 orang je’

Foto: Fahrin Ahmad

Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Fahrin Ahmad, di laman Facebook tampil menceritakan kisah sedih mengenai seorang peniaga orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan kaedah live menerusi satu platfom membeli belah secara atas talian. Namun, apa yang menyedihkan apabila live tersebut hanya ditonton oleh tujuh orang sahaja.

Tengok live shopee tadi. Ternampak live uncle ni. Views 7 org je. So masuk je la sbb nak tengok dia jual apa. Masuk-masuk live dah nak end. Stalk uncle ni rupanya jual pewangi kereta dan rumah. Uncle ni oku fasih sangat Bahasa Melayu dia. Support la gais.

Bercerita lebih lanjut, apa yang lebih mengagumkan apabila peniaga yang dikenali sebagai Uncle Foo fasih berbahasa Melayu. Pada masa yang sama, lelaki ini turut mencadangkan kepada wargenet yang lain untuk membantu perniagaan Uncle ini dengan membeli pewangi kereta dan rumah yang dijual olehnya.

Mesti dia seronok kalau ramai beli. Dalam bulan puasa ni kita bantu seramai mungkin. Ingat dalam rezeki kita ada rezeki orang lain jugak. Jom kita sapot kawan-kawan. Tengok pewangi yang sold pun 1-3 je.

Produk laku keras selepas viral

Susulan viral posting tersebut, barangan yang dijualnya laris dibeli oleh netizen. Apa yang lebih mengejutkan, apabila bilangan pengikutnya di laman tersebut juga turut meningkat secara mendadak.

Pada masa yang sama, menerusi posting Facebook peniaga tersebut berulang kali mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong perniagannya.

Terima kasih semua yang order semalam dengan pagi ini kita akan usahakan postage nanti. Terima kasih yang support bisness saya dan tolong viralkan di Twitter sekarang dah ada banyak order. Saya akan usaha kan. Stok pun limited dah kalau stock tak ada kita cancel dulu order tersebut.

Semoga dimurahkan rezeki!

Sumber: Fahrin Ahmad

SKIP THIS AD ×