berita

Viral Komen ‘Lucah’ Di Facebook Live Menteri Kanan Keselamatan, Ini Penjelasannya…

February 5th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Semalam viral di sosial media memaparkan satu screenshot berbaur ‘lucah’ sehingga menjadi pertikaian dalam kalangan netizen. Perkongsian tersebut sekaligus telah menarik perhatian seorang penceramah bebas untuk mengulas mengenai perkara itu.

Screenshot yang tersebar

Difahamkan, komen berbaur ‘lucah’ itu dipercayai ditinggalkan dalam Facebook Live ketika sidang media oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Komen tersebut telah mendapat perhatian netizen sehingga mereka bertindak menyebarkan ke seluruh media sosial. Dalam pada itu, seorang wanita yang juga merupakan pemilik akaun Facebook tersebut memberitahu bahawa komen itu ditulis oleh suaminya.

Berdasarkan perkongsian penceramah bebas, Akhi Fairuz Jengkawi menjelaskan bahawa hal ini secara tidak langsung memberi imej buruk kepada pemilik akaun Facebook tersebut.

‘Semoga Allah bantu puan ini’

Menurut Akhi, perbuatan si suami itu dikatakan sangat jahil dan membuka aib si isteri. Jelas Akhi lagi, suami wanita berkenaan juga telah mengaku menggunakan Facebook isterinya untuk meninggalkan komen seperti itu. Dia mengakui tindakannya itu hanyalah sekadar untuk membuat lawak sahaja. Tetapi selepas dikritik dan mendapat kecaman daripada netizen, dia telah memadam komen tersebut.

‘Kesian dia menanggung malu’

Sumber: Akhi Fairuz Jengkawi

SKIP THIS AD ×