Di Instagram, pelakon, Shakilla Khoriri memberitahu dia tidak mahu melihat anaknya, Ameena Sofia disakiti oleh mana-mana pihak.
Banyak kisah mak dan anak
Aku dah type panjang caption untuk share dengan semua pasal isu emak dan anak. Sebab lately ni banyak yang aku tengok dan dengar pasal kisah mak dan anak yang mungkin akan bagi kesedaran pada kita semua. Tapi Instagram tak izinkan perkongsian tu. Dan Allah izinkan ia terjadi.
Menurut Shakilla, sejak belakangan ini dia banyak mendengar isu mengenai ibu dan anak di media sosial. Berikutan daripada itu, dia ingin berkongsi sesuatu mengenai topik tersebut. Namun, hasratnya untuk berkongsi kepada para pengikut tidak kesampaian.
Tambah Shakilla lagi, dia memberi peringatan buat semua agar tidak menyakiti anaknya. Ujar Shakilla, tiada siapa yang boleh memisahkan mereka walau apa jua keadaan sekalipun.
View this post on Instagram
Anyway. For those yang rasa ada niat nak menyakiti anak aku, ada niat nak bunuh kebahagian dia, ada niat nak pisah atau jauhkan dia dengan aku atau daddy dia.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan bahawa Ameena seorang anak yang bertuah kerana mempunyai ibu dan ayah yang sangat menyanyangi dirinya. Meskipun kedua-dua ibu bapanya tidak menetap bersama, Ameena dilihat sangat bahagia tatkala bersama kedua-duanya.
Sumber: Shakilla Khoriri