berita

Viral Sampai Ke Turki Video Timbalan Menteri Tertidur

April 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai sebuah video yang membabitkan ahli parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith, tertidur ketika berlangsungnya majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall di Seremban, Negeri Sembilan.

Artikel berkaitan: Makan Ubat Sebelum Hadir Majlis Graduasi, Timbalan Menteri Mohon Maaf Tertidur

Terbaru, rakaman video tersebut telah viral hingga ke Turki.

Tidur nyenyak dalam majlis protokol

Di Twitter, seorang pengguna telah berkongsi satu hantaran mengenai Eddin Syazlee yang tertidur ketika majlis graduasi baru-baru ini. Menurut pengguna tersebut, sebuah saluran televisyen di Turki, Kanal 7 dipercayai telah menayangkan berita tersebut kepada umum. Malah, tajuk berita ‘Timbalan Menteri Malaysia tidur nyenyak dalam majlis protokol’ itu berjaya mencuri perhatian ramai meskipun timbalan menteri tersebut sudah memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar.

Terdahulu, Eddin Syazlee kelihatan tertidur ketika menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz kali Ke-5 Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah. Video berkenaan turut memaparkan tiga individu cuba untuk mengejutkan beliau. Susulan kejadian itu, Eddin telah memohon maaf dan memberitahu bahawa beliau telah makan ubat sebelum menghadiri majlis tersebut.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×