berita

Viral Suami Lafaz Talak Lepas Akad Nikah, Pasangan Pengantin Kembali Rujuk, Keluarga Dakwa Punca Salah Faham

July 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, viral satu video di media sosial memaparkan seorang pengantin perempuan yang baru sahaja sah bergelar isteri telah diceraikan oleh suaminya di majlis pernikahan mereka. Perkongsian video itu iu telah mendapat pelbagai respon daripda netizen yang rata–ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu.

Artikel Berkaitan: Pengantin Lelaki Buat ‘Gila’, Lafaz Talak Selepas Beberapa Saat Nikahi Isteri

Terbaru, Kompas TV melaporkan pasangan pengantin ini sudah bermaaf-maafan dan kembali rujuk sebagai suami isteri.

Keluarga dah mohon maaf

Menurut sumber, keluarga si pengantin lelaki  dikatakan tidak bersetuju dengan pernikahan yang berlangsung disebabkan pengantin perempuan itu sudah hamil sebelum bergelar isteri. Oleh kerana tidak mendapat restu keluarga, pengantin lelaki berkenaan nekad untuk melafazkan talak terhadap isterinya di hari pernikahan mereka.

Walaupun begitu, hubungan perkahwinan pasangan ini akhirnya berjaya diselamatkan selepas keluarga pengantin lelaki tampil memohon maaf kepada pengantin perempuan.

Benar, kedua-dua mempelai sudah rujuk semula. Apa yang berlaku pada majlis pernikahan baru-baru ini hanya salah faham. Pasangan pengantin sudah berdamai dan sepakat untuk rujuk semula selepas pejabat agama mengadakan sesi kaunseling bersama mereka berdua.

Menurut Ketua Majlis Agama Empang, Abdul Wahid, pasangan ini sudah kembali rujuk dan kini mereka sah sebagai suami isteri di sisi agama Islam.

Sumber: Kompas TV

SKIP THIS AD ×