berita

Viral Tarikh Aidilfitri Jatuh Pada 21 April, Ini Respon Masjid Wilayah Persekutuan

April 1st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Tular di media sosial tentang tarikh Hari Raya Aidilfitri yang dikatakan bakal jatuh sehari awal dari tarikh jangkaan iaitu pada 21 April ini.

Artikel Berkaitan: Shasha Abedul Bakal Tunai Umrah, Sambut Ramadan & Aidilfitri Di Tanah Suci Makkah

Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Kecewa Tengok Baju Raya Sarung Nangka & Tudung Singkat Lilit Leher Jadi ‘Trend’

Netizen bersedia awal

Satu tangkap layar yang banyak dikongsikan oleh warganet berkenaan tarikh Hari Raya yang berbeza pada tarikh di kalender itu telah mencetuskan pelbagai andaian. Rata-rata mahu bersedia lebih awal jika kejadian seperti tahun lalu berlaku lagi pada Aidilfitri kali ini.

Buatlah persediaan awal, tak perlu nak pening kepala. Setakat masak rendang, serunding, sambal kacang itu boleh dibuat awal kemudian masuk ke dalam peti. Biasa saya dah siapkan awal kerana akan memudahkan kerja saya nanti.

Saya nasihatkan semua untuk buat persiapan awal, risau tak sempat beli ayam, tak sempat anyam ketupat.

Orang nak bersedia sahaja, tak adalah tiba-tiba Hari Raya macam tahun lepas.

Pencerahan

Susulan itu, menerusi sebuah hantaran di akaun Facebook (FB) Masjid Wilayah Persekutuan memaklumkan bahawa tarikh tersebut adalah sebagai satu kesedaran untuk meningkatkan ibadah para jemaah pada 10 malam terakhir Ramadan.

Tular satu tangkap layar berhubung gambar counting (kiraan) tarikh ‘Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023’ di Paparan TV Iklan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tersebut adalah bagi memberi kesedaran kepada jemaah untuk mengejar 10 malam terakhir di bulan Ramadan supaya dapat meningkatkan ibadah.

Pihak Masjid tidak bertanggungjawab menentukan tarikh sebenar 1 Syawal kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja Raja.

Dalam pada itu, pihak pengurusan masjid tersebut juga menasihati orang ramai untuk tidak beranggapan bahawa tarikh yang dipaparkan adalah suatu ketepatan.

Marilah kita terus kekal istiqamah menghidupkan bulan mulia Ramadan dengan amalan soleh bagi meraih ganjaran yang berlipat kali ganda.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×