Foto: Tangkap layar video
Pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya sering diguna pakai dan menjadi pedoman masyarakat Melayu khususnya, dalam mendidik anak-anak yang masih kecil supaya menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak. Bahkan, kanak-kanak kecil ini perlu dibentuk dengan sebaik mungkin mengikut ‘acuan’ yang telah ditetapkan.
Bagaimanapun, menerusi satu video yang tular di laman Facebook memaparkan seorang kanak-kanak kecil menghisap rokok elektrik (vape) yang dipercayai telah diberikan oleh kedua ibu bapanya sendiri. Video tersebut secara tidak langsung membangkitkan amarah dalam kalangan warganet.
Hisap vape?
Foto: Tangkap layar video
Difahamkan, wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu telah memuat naik Instastory anaknya menerusi laman Instagramnya miliknya. Menerusi video tersebut dapat dilihat ‘reaksi’ kanak-kanak kecil itu yang seolah-olah terpaksa menghisap rokok elektronik itu berulang kali setelah diberikan oleh ibunya.
Dah tiga kali, mummy cakap apa?
Susulan daripada itu, wanita itu juga turut memuat naik satu ‘kenyataan’ membidas segala kecaman-kecaman netizen yang marah akan tindakannya itu. Bahkan, dia turut memberikan peringatkan mesra kepada netizen supaya tidak mencampuri urusannya. Namun, sehingga kini tiada sebarang maklumat tambahan berhubung kejadian itu.
Suka hati aku lah nak post apa, kalau rasa semak jangan follow aku. Aku tak follow pun sibuk-sibuk comment-comment dekat gambar aku.
Anak aku suka hati aku, aku yang jaga dia bod**!
Respon netizen
Sumber: Facebook