berita

Penceramah Bebas Ditahan Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Kanak-Kanak 5 Tahun

April 20th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan seorang penceramah bebas berusia 61 tahun yang didakwa terlibat kes amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu mengundang padah selepas dia ditahan oleh pihak polis ketika hadir memberi keterangan. Difahamkan mangsa merupakan anak kepada rakannya sendiri.

Ditahan pihak polis

Sekadar gambar hiasan

Ujar Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman menerusi laporan Berita Harian, kejadian tersebut didakwa berlaku pada Mac yang lalu dan mangsa ketika itu berusia lima tahun telah mengikuti keluarganya menyertai program yang diadakan oleh suspek di rumah bot tersebut.

Bagaimanapun suspek dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sebelum kanak-kanak ini menceritakan apa yang terjadi kepada ibunya sejurus pulang daripada program berkenaan. Bukan itu sahaja, mereka turut membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.

Ketika kejadian, mangsa hanya ditemani ayah dan neneknya sementara ibu mangsa tidak mengikuti program berkenaan.

Suspek kini direman selama dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×